Sep 02 2010
Kenangan@PLKN

detik demi detik
berlalu tanpa disedari
tidak menunggu aku mahupun kamu
namun,
saat itu semakin hampir
hampir ke penghujungnya.
dan kini,
saat itu telah tiba
tiba jua akhirnya
tiba dengan satu tanda tanya
mengapa selepas pertemuan pasti ada perpisahan?
tapi inilah lumrah kehidupan
kehidupan yang sarat dengan dugaan
gurau senda dan tangisan yang kita cipta
kini menjadi kenangan antara kita
kenangan yang tidak akan dapat kita lalui semula…
namun,
telah tiba masanya
kita akan pergi
membawa bersama memori
memori yang kita cipta sendiri
bersama hasrat, tekad dan semangat
yang kini bersemarak dalam sanubari di kem PLKN.
karya: Wirawati She@Oja Kumpulan 3 Siri 6/2009

































